"kan best kalau jadi mcm dia"

bismillahirrahmanirrahim~

Anda mesti pernah terfikir, "bestnye hidup orang tu" sampai membuatkan anda teringin nak jadi dirinya dan hidup dalam kehidupan dia. Pernah kan?
Kadang-kadang kita merasakan hidup kita ini kalau dibandingkan dengan orang lain membosankan. Hidup orang lain best-best belaka. Jarang kita nampak orang lain hidup dalam keadaan sedih dengan masalah-masalah yang tidak diingini seperti kita.
Lagi menambahkan kesedihan kita kalau kita lihat orang itu asyik gembira dan selalu dikurniakan nikmat-nikmat kehidupan duniawi - naik pangkat, beli kereta mewah, suami atau isteri yang baik, anak-anak membesar dengan baik, berjaya dalam pelajaran dan macam-macam nikmat lagi... dan diakhirnya nanti kita akan berbisik sendirian, "kalaulah aku jadi dia kan best'...
Mesti ramai yang pernah terfikir macam tu. Saya tidak nafikan, saya pun pernah terfikir seperti itu. Tetapi pernahkah kita terfikir, kenapa kita perlu membandingkan hidup kita dengan orang lain? Kenapa perlu memperkecilkan diri sendiri dan membesarkan orang lain sampai membuatkan kita rasa diri kita hina, kurang keyakinan diri dan sebagainya?
Sebab itulah wujudnya sifat 'bersyukur'. Sesungguhnya orang yang sentiasa bersyukur itu pasti akan merasakan dirinya sentiasa cukup dan gembira. 
Allah s.w.t juga ada berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat-Ku, pasti akan Ku tambahkan nikmat kepadamu...."
ibrah dari hadith Nabi ini:
 "Apabila seseorang darimu memandang orang yang lebih darinya dari segi harta kekayaan dan rupa paras, maka hendaklah ia melihat pula kepada orang-orang yang lebih bawah darinya."

monolog..
satu perasaan asing datang.
fikir bukan..
Ya Allah.jauhkan aku dr perasaan ragu..:(


THANK YOU.COME AGAIN =)

6 comments:

atiqahjefry said...

salam..blog ohsem dan post menarik.*thumbs up*

kalo tak keberatan nak tahu, camne buat 'kotak2' yg ayat tulis hadith
& surah tu.?
syukran :D

NHS^___^ said...

Allah adalah sebaik-baik perancang =)
percayalah dengan ketetapan-NYA
semua perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

khazinatul asrar said...

atiqahjefry:
trima kasih..:)
ohh sy buat pon ikut tutor nie..
jom tgok sini.:)
http://www.lyssasecret.com/2011/03/tutorial-fieldset.html

khazinatul asrar said...

NHS~Allahu ma'ak.:)

khalilulwafiah said...

mimie..rai suka post yang nie..apapun yang kita ada.kita dapat.kita hilang. kita kurang..kena syukur kan.sbb Allah itu adil..apa yg berlaku Dia lebih tahu..Dia yang aturkan..so..Dia tahu apa yang terbaek.

positif itu perlu..buang jauh2 negatif.hee

keep writting dear..hopefully i have more time too to write and share like u..^^,

take care mimie..fi amanillah. syg mimie.

khazinatul asrar said...

rai..wah pagi2 dh komen kat sini:)
konklusi nersyukur cara terbaik:)
mkasih rai.:)
ngatif buang positif perlu:)

take care jga rai..Allahu ma'ak.syg rai:)
btw dh mula bljr blik kan?good luck:)