dulu alergik,sekarang sayang:P

bismillahirrahmanirrahim:)
the another good ibrah for us.
ukhwah.usrah:)
_____________________________________________________________________
Tik tik..Tik tik.. Bunyi mesej masuk
” Salam.. InsyaAllah malam ni kita akan buat usrah macam biasa. Selain daripada selesaikan task yang abang bagi minggu lepas, abang ada nak kasi surprise sikit. Harap semua dapat tepati masa ye. Tak sabar rasa nak jumpa adik-adik kesayangan abang ni.. he3 ”
Mesej dari naqib aku rupanya. Tapi malam ni aku nak study. Exam dah dekat. Banyak lagi tak cover. Tension la kalau macam ni. Aku pun balas balik mesej naqib aku tu.
“Sori la bang. Ana ada meeting la malam ni. Bla bla bla”
Pandai je aku cari alasan kalau takde mood nak pergi usrah. Walaupun dah lama ikut usrah, kadang-kadang berjaya jugak pak cik syaitan tu usik aku. Mungkin aku tak ikhlas lagi kot. Atau mungkin sebab gene jahiliah dalam diriku telah bermutasi. Bermutasi menjangkiti gene-gene iman.
Ingat lagi dulu, time first time aku ni ditajmi’. Time ni aku lone ranger. Dari tempat aku tu, aku sorang je yang ikut program dari awal. Yang lain ikut jugak, tapi dorang akan join kem tu malam sikit sebab dorang ada kelas.
Sebaik sahaja solat subuh, naqib aku dah tunggu dah kat luar pagar hostel. Aku ni dengan pura-pura cool ikut je naqib aku tu. Hati kecil aku mengatakan yang aku perlu pergi kem tu, tapi ada suara-suara sumbang dalam telinga aku ni yang soksek-soksek bisik yang bukan-bukan. Buat aku fikir perkara yang tak sepatutnya.
Maka kami pun bergerak ke satu tempat yang lain untuk bertemu dengan ikhwah-ikhwah yang semua alien bagi aku yang akan ikut serta kem tu.Sampai je destinasi, terbeliak mata aku yang sepet ni. Mak aii!!ramainya dorang. Dah la semua aku tak kenal. Tambah lagi aku ni sorang je. Tiba-tiba je aku hilang mood. Tak best la camni. Aku nak duduk dengan siapa nanti. huhu
Aku pun diarah untuk bertukar kereta. Kami pun bermusafirlah ke destinasi yang dituju. Tak nak cerita panjang pasal kem ni. Cuma nak cakap daripada kem ni,aku ada jugak la kenal-kenal dengan ikhwah yang lain. Dorang bukan alien dah. Dapat jugak la kawan baru. Selepas daripada tu, aku masih ikut lagi sesi-sesi daurah dan program yang dibuat. Tapi macam aku cakap la. Aku jadi alergik dengan beberapa perkara.
Aku jadi geli bila mereka salam-salam pastu peluk and then laga-laga pipi.
Aku dan rakan-rakan seangkatan aku akan duduk sama-sama kitorang je sehinggakan semua orang kat daurah tu boleh perasan.
Aku tak paham terms yang dorang guna. Aku ni tak pandai bahasa arab.Dorang pulak dengan bangganya guna term tu tanpa ada penjelasan sikit pun.
Aku rasa awkward bila cakap terpaksa guna ana-anta.
Time nak tidur pun,kitorang akan menempel sama-sama kitorang je. Pastu tidur awal sebab agak janggal dengan pillow talk time tu.
Suatu hari, tiba-tiba datang suatu perasaan yang tidak dijemput.Perasaan yang mengatakan aku perlu ubah semua tu. Selepas tu, aku sering berdoa kepada Allah agar ikhlaskan hatiku dalam setiap pekerjaan yang aku lakukan. Aku mohon kekuatan daripadaNya untuk aku terus tsabat di jalan dakwah dan tarbiah ni.
Alhamdulillah, tidak lama selepas tu aku mula perasan akan sesuatu.Aku mula perasan yang penyakit alergik aku dah beransur pulih. Ini bermakna doa aku telah dijawab. Tak dapat aku gambarkan perasaan aku time tu. Happy sangat. Bertitik tolak daripada itu, aku cuba ikhlaskan diri aku. Aku cuba untuk luangkan sebanyak mungkin masa yang aku ada untuk dakwah.
Sekarang ni dah tak alergik dah. Tapi sayang pulak kat usrah dan ikhwah-ikhwah yang aku kenal. Dulu bila jumpa je, cepat-cepat aku buat sibuk. Tapi sekarang kalau seminggu tak jumpa, rindu pun dah mula membuak-buak dah. Kepada ikhwah yang ku kenali,Aku rindu akan bicaramu yang memikirkan masalah umat..
Aku rindu akan wajahmu yang mengingatkan aku akan tanggungjawab sebenar seorang muslim dan daei..
Aku rindukan semangatmu yang berkobar-kobar menyebarkan warna-warni dunia dakwah dan tarbiah..
Aku rindu untuk berbulatan denganmu.
Aku rindukan kamu yang bagaikan singa di siang hari dan pendeta di malam hari..
Aku rindu untuk berjalan bersamamu dalam menghadapi segala mehnah dan tajribah dunia dakwah..
Kadang-kadang bila jumpa ikhwah, beban masalah yang ditanggung pun terasa ringan. Biarpun mereka tidak memahami akan hakikat masalah tu,biarpun berlainan halangan yang dihadapi, biarpun tidak menuntut benda yang sama dan universiti yang berlainan, namun butir bicara mereka cukup untuk menenangkan hati ini.
Kepada ikhwah yang di luar sana, saya tahu di antara anda ada juga yang mengalami simptom-simptom seperti saya suatu ketika dahulu.Jangan malu, jangan takut, jangan segan. Anda boleh menghadapinya.Masalah perlu dihadapi bukannya dilarikan diri.
Ikhlaskan hati dan minta pertolongan daripadaNya. Meraka bukannya alien. Mereka hanyalah sahabat yang menginginkan syurga buat kita. Tak cukup beruntung lagi ke kita mempunyai sahabat seperti mereka?..
” Ukhuwwah is not about how many brothers or ikhwah we have, but it’s all about what we do for each other ”
______________________________________________________________________
THE RED line: memang pernah dilalui..sngat indah.x perlu alergik nnti akn sayang:)

THANK YOU.COME AGAIN =)

3 comments:

Ir Jinggo said...

suka dgn kisah ni.. terasa diri pada situasi tu.. :3
*tp rasanya belum hilang alergik itu sepenuhnya.. perjalanan masih jauh.. hati masih banyak titik hitam :(

Dyah said...

a nice post~
saya suka bace...
teruskan...

mimie olive said...

ir jinggo
bnyak bg ibrah kan?tp alhamdulillah semua tue jd kngn manis sbnarnya:)

NHS
mksh..insyaAllah..
nanti ziarah lagi:)