Tak kenal Maka tak Cinta!


Assalamualaikum..

Cinta itu putih suci...
Tak kira la blogger yang teruna mahu pun yang gadis sudah tentu sedang menikmati usia manis ini. Cuba kenang kembali detik kita mula rasa malu dengan kaum berlawanan jenis. Berapa usia kita masa itu? 8 tahun? 9 tahun? 12 tahun? Kemudian cuba ingat pula berapa usia kita, tatkala kita mula menaruh perasaan pada kaum berlawanan jenis; 10 tahun? 11 tahun? Masa kecil, tentu kita pernah lalui: rakan atau adik-beradik menggelarkan kita dengan seseorang. “Mira nak Ahmad. Mira nak Ahmad.” Bila sudah kena gelar, muka merah padam kerana malu. Iya tak?
Aha… masa inilah kita mula menyedari perasaan indah yang wujud dalam diri terhadap golongan lelaki. Perasaan apakah itu? Tentu adik tahu jawapannya; minat dan sayang. Setelah melintasi usia dara sunti, baru adik perasan tentang istilah cinta. Ada yang sebut ‘cinta monyet’. Lebih kurang usia 12 tahun ke atas, atau mungkin lebih awal; bergantung pada diri seseorang, kita mula rasa seronok bila ada ‘secret admirer’ .
Kasih, sayang dan cinta. 3 ungkapan digemari manusia. Baik lelaki, lebih-lebih lagi perempuan. [Cuma sesetengah lelaki ni ego nak ucapkan sayang... bila kekasih sudah melayang baru nyesal tak sudah] Tengoklah majoriti filem, telenovela dan drama; Cina, Korea, Jepun, Amerika Latin, Indonesia, Hollywood, Bollywood serta pelbagai lagi . Ia tidak sunyi dari persoalan cinta dan kasih sayang. Tanpa kisah cinta diselitkan, umpama masakan tanpa garam. Bahkan banyak cerita temanya cinta. Ia sesuai dengan fitrah insan suka berkasih sayang. Di atas fitrah cinta inilah Nabi Muhammad S.A.W diutuskan kepada kita. Allah menjelaskan dalam surah al-Anbiya’, ayat 107,
“Tidaklah kami mengutusi engkau (Muhammad) kecuali sebagai rahmat ke seluruh alam.”
Rahmat di sini memberi erti cinta, kasih sayang, simpati dan belas kasihan. Iya… adikku, Rasulullah S.A.W datang kepada kita membawa erti cinta. Menyampaikan kasih Tuhan. Membawa hadiah termahal di dunia untuk kita yakni ISLAM. Justeru, apa-apa yang dipesan Nabi S.A.W merupakan tanda kasih baginda pada kita. Nasihat-nasihatnya adalah buah cinta seorang hamba berstatus kekasih Allah pada kita.
Nabi Muhammad membawa cinta Ilahi untuk kita. Ibarat seorang ibu. Apabila dia menyuapi anak kecilnya, si ibu akan menyisih tulang-tulang bimbang melukai kita. Makanan yang baik disuapkan supaya kita sihat dan mampu menyambung hidup. Begitu pula kasih Nabi Muhammad pada kita ummatnya. Apa yang baik untuk kita, baginda galakkan dan yang merbahaya, minta kita menjauhinya.
Sekasih ibu pada anaknya,
Kasih lagi Muhammad pada ummatnya.
Sekasih Muhammad pada ummatnya,
Cinta lagi Allah pada hambaNya.
Saya nukilkan contoh di bawah bagi perempuan. Bagi jejaka boleh fahami sebaliknya.
Cuba bayangkan, atau adik-adik sendiri mungkin pernah mengalaminya; Seseorang minat kita dari jauh. Pada permulaannya dia segan menampakkan mukanya atau mengenalkan dirinya. Biasalah tu. Kadang-kadang peminat kita tu sentiasa kita jumpa sebenarnya. Walau begitu dia hantar clue pada kita. Dia kirim salam. Dia hantar bunga. Tapi tidak beritahu nama dia. Yang best lagi, tiap kali kita ditimpa kesusahan ada jepertolongan sampai. Kita terputus wang belanja belajar kat kampus. Tetiba je ada orangbank in duit dalam akaun kita. Aaah… banyak lagi la kebaikan yang dicurahkan pada kita secara ikhlas. Eh… macam dalam filem pula! Apa perasaan kita masa tu? Tentunya tertanya-tanya juga siapa sebenarnya si dia?
Inilah fitrah kita manusia sebenarnya. Walau pun belum tentu kita akan jatuh cinta dengan si dia, setidak-tidaknya kita ingin mengenali sekadar mengucapkan terima kasih.Iya tak? Tapi, apa kata… bila kita berpeluang menemuinya; first tengok muka dia, badan dia… wah hensemnya dia. Segak lagi. Berpakaian kemas lagi bersih. Dah le kaya (dok kirim duit tiap bulan dalam akaun kita). Bila risik-risik… anak Datok rupanya. [Tak pun, rupa-rupanya Mawi atau mana-mana jejaka pujaan hati. Mawi pun dah kahwin beb!] Wah, bertambah saham dia. Apa yang adik-adik fikir, andaikata ada lagi yang jauh lebih baik dari jejaka tadi juga meminati kita? Eh ada lagi ke? Putera raja contohnya. Dahlah tu… baik pula perangai dia; sopan, romantis, menghormati kita, suka bercakap benar. Siapaaa la tak nakOk la… boleh berangan-angan dulu.
Hmm… sudah puas berkhayal?
Kalau dengan perhatian dan kebaikan yang sedikit itu pun, sudah mampu mengetuk akal kita untuk mengetahui siapakah gerangan jejaka itu. Kalau dengan kasih yang baru berputik itu pun, cair hati kita untuk mengenalinya… apatah lagi dengan zat yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemberi Rezeki, Maha Melindungi dan Maha Indah! Apakah tidak pernah terdetik walau sedetik untuk kita mengenali Allah? Seterusnya menyintai Allah? Kemudian menyubur rasa rindu untuk bertemu dan melihat wajahNya?
Gunakan fitrah yang sama; kita akan belajar mengetahui dan mengenali satu zat yang amat menyintai kita. Dialah yang Maha Hebat menciptakan kita dengan kejadian yang unik. Apabila kita sudah mengenal pasti betapa hebatnya kejadian kita. Bagaimana kita diciptakan. Siapa yang menciptakan kita. Sekarang masanya kita menaruh rasa percaya sepenuhnya kepada Yang Maha Mencipta. Iya… kita percaya pada kewujudanNya kerana kita diciptakanNya. Kita tidak pernah mohon dihidupkan tapi dengan kasih Allah, kita dihidupkan. Kita diberi nikmat yang terlampau banyak. Allah menyebut hakikat ini dalam surah al-Nahl, ayat 18,
“Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu mampu menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Kita dapat melihat keindahan dunia kerana kita dipinjamkan mata dan nikmat melihat. Kita dapat mendengar merdunya irama dan lagu kerana kita dipinjamkan telinga dan nikmat mendengar. Kita dapat merasa manisnya cinta kerana kita dipinjamkan hati dan perasaan. Kita mampu menilai antara baik dan buruk kerana kita dipinjamkan akal. Bahkan akallah yang membezakan kita dengan haiwan. Serta pelbagai nikmat lagi. Semuanya nikmat yang agung yang sangat hebat. “Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu”.
Kita mampu memahami apa yang dibaca kerana kita punya akal. Bukan itu sahaja, kita juga diberi kemampuan untuk jadi baik atau jahat. Kita boleh pilih mana yang kita suka. Ayat 8 dari surah al-Syams menyatakan,
فألهمها فجورها وتقوىها
“ Maka diilhamkan kepada manusia itu suka kepada keburukan dan kebaikan.”
Pernahkah korang berada dalam keadaan amat terdesak seperti lemas di laut? Atau apa sahaja keadaan genting yang mana pada masa itu tiada insan yang dapat membantu. Siapakah yang akan kita ingat dan seru? Iya, tentu sahaja kita mencari tuhan. Tuhan yang bagaimana? Apakah Budha yang dijadikan tokong/patung itu dapat membantu? Apakah Jesus/Isa yang entah berada di mana datang membantu? Tanpa disedari, kita akan berdoa dan menyeru satu zat yang tidak kelihatan pada mata lahir kita. Namun dapat dirasai hati kita.
Inilah fitrah manusia sejak azali. Kita tahu kewujudan Allah dan keesaanNya. Mana mungkin satu kapal dipandu oleh dua kapten? Pernahkah sebuah keretapi mempunyai 2 pemandu serentak? Seorang mahu ke depan. Seorang pemandu lagi mahu ke belakang. Bolehkah? Allah SWT pernah menceritakan hal di atas di dalam surah al-Anbiya’, ayat 22,
لوكان فيهمآءالهة إلاالله لفسدتا فسبحان الله رب عما يصفون
“Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain ALLAH, tentulah kedua-duanya itu telah rosak binasa, Maha Suci Allah yang memiliki Arasy daripada apa yang mereka sifatkan.”
...cinta suci membawa kepada Yang Maha Suci.  Cinta suci menarik nur Ilahi.
...cinta suci membawa kepada Yang Maha Suci. Cinta suci menarik nur Ilahi.


Kenalilah Tuhanmu, Tuhanku jua… kau akan dapati dunia ini terbentang luas di hadapanmu meskipun dirimu terpenjara di sebalik tembok batu.
Sebaliknya, jika kau utamakan mengenal dunia dan cinta manusia tanpa dialas cinta Allah, kau akan dapati dunia ini sempit-sesempitnya meskipun kau diami istana seluas istana Perdana Menteri di Putrajaya!
Fikir-fikirkan…






blogwalking meh!


THANK YOU.COME AGAIN =)

2 comments:

HazIQAH iKkI hAZiq said...

Izinkan akak untuk melahirkan rasa ayat2 cinta utk adik mimie

Aku tidak pernah bertemu dengan-MU
Tetapi KAU selalu membantuku tanpa ku sedari
KAU membantuku TIKA ku susah mahupun senang
KAU menyedarkan aku tatkala aku mula terpesona
dengan kehidupan dunia yg sementara

Aku MENCINTAI-MU
Dan aku mencintai insan yg mencintai-MU
Dan aku yakini kau akan pertemukan aku dengan insan yg mencintai-MU
kerna sudah tertulis di LOH MAHFUZ

Izinkanku sentiasa berada di TALI AGAMA-MU
Pandulah aku sentiasa ke jalan-MU...


Aku benar2 dan sangat mencintai-MU Ya Allah
KAU KEKASIH TERAGUNG ku..

mimie olive said...

mekasih kak!=)