rUsuHaN MeSiR:(

STATUS TERKINI RUSUHAN DI MESIR




-          Keadaan masih terkawal secara umumnya, dan tiada kecederaan atau kehilangan nyawa di kalangan   pelajar AQM dilaporkan;

-          Khidmat SMS tak boleh sampai ke talian Mesir;

-          Panggilan telefon boleh dibuat pada waktu-waktu tertentu sahaja;

-          Terdapat beberapa kejadian pecah rumah, namun angkanya sangat kecil dan tidak melibatkan gangguan mahupun sentuhan kepada pelajar;

-          Penduduk setempat kini berkumpul dan berkawal untuk menjaga keselamatan kawasan perumahan (ala-ala Rukun Tetangga);



-          Jalan-jalan masuk ke Bandar di kawal oleh askar-askar yang mesra rakyat;

-          Manakala jalan-jalan di dalam kawasan Bandar di kawal oleh penduduk-penduduk setempat. Mereka berkawal untuk menghalang aktiviti jenayah dan juga menghalang tindakan-tindakan anti-rusuhan oleh pihak Polis. Dalam erti kata yang lain, ‘Rakyat jadi Polis’;

-          Jalanraya di dalam kawasan Bandar selamat digunakan, namun pelajar diberi amaran untuk tidak meninjau-ninjau berdekatan kawasan rusuhan;
-          Perintah berkurung telah dianjakkan daripada pukul 6pm – 7am kepada 4pm – 8am setiap hari;

-          Lapangan terbang sesak – Pelancong yang tiba tidak dapat keluar dari lapangan terbang, manakala para penumpang yang ingin keluar dari Mesir juga terkandas akibat aturan jadual penerbangan yang tak menentu;

-          Pelajar Malaysia yang ingin pulang ke tanahair menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tiket akibat pengurusan kaunter yang terhad dengan arahan perintah berkurung dan sistem aturan penerbangan yang tidak berjalan dengan lancar. Terdapat pelajar yang terkandas di lapangan terbang selama 3 hari;

-          Beberapa Balai Polis di Kaherah telah dibakar sebagai tanda protes atas tindakan ganas membunuh beberapa ahli rusuhan;
-          Pusat tukaran wang asing kehabisan duit Dollar (USD) & bank-bank tidak beroperasi menyebabkan kesukaran untuk membeli barang-barang makanan;

-          Dinasihatkan agar para pelajar berkumpul setempat dan jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Ini merupakan langkah yang disarankan oleh pihak kejiranan warga Mesir sendiri dan juga pihak Wisma Putra;

-          Ibu-bapa dinasihatkan menghubungi Wisma Putra  untuk memaklumkan apa-apa kejadian yang menimpa anak-anak mereka di Mesir;

-          Para ibu-bapa disaran supaya mengerjakan solat hajat dan memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar keselamatan anak-anak pelajar terjamin, di samping perbanyakkan sabar serta tawakkal kepada-Nya.


  





THANK YOU.COME AGAIN =)

No comments: