relationSOLAT ngan WARNA!



WaRna dAn sOlAt~:)

Solat Subuh : Dilakukan setelah alam berubah kepada warna biru. Warna ini resonan dengan frekuensi warna tiroid dan penawar untuk komunikasi dan rezeki. Khasiat warna biru ialah tenaganya dapat diserap semasa ruh dan jasad bercantum semasa kita sedar. Jadi, manusia diperintahkan bangun untuk solat subuh supaya kita dapat menyerap tenaga biru itu semasa kita rukuk dan sujud. Warna biru adalah satu rezeki yang cukup tinggi nilainya kepada manusia. Kerana itulah kita sering mendengar jika tidur selepas subuh akan menutup pintu rezeki.



Solat Dhuha+zUHUr: Seterusnya alam bertukar kepada warna hijau dan kita disunatkan menunaikan solat sunat dhuha. Warna hijau sama dengan frekuensi warna paru-paru. Jadi, untuk mendapat paru-paru yang sihat dan berfungsi dengan baik,  amalkanlah solat sunat dhuha selalu. Selepas itu, alam bertukar kepada warna kuning dan kita diperintahkan melakukan solat zohor. Warna ini pula sama dengan frekuensi warna pada perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman manusia. Warna kuning juga adalah rahsia berkaitan dengan keceriaan. Makanya, pada sesiapa yang selalu melewatkan melakukan solat zohor berulang kali melakukannya akan menghadapi masalah pada perut dan akan hilang sifat cerianya dirinya.


Solat asar: Kemudian, alam bertukar kepada warna oren. Warna ini bersamaan dengan frekuensi sistem reproduktif manusia. Warna ini juga adalah rahsia sifat kreativiti. Amat malang bagi seseorang yang tidur pada waktu ini kerana roh dan jasad tidak bercantum untuk menyerap tenaga warna tersebut. Kerana itulah kita dilarang tidur selepas waktu asar dan kebiasaannya mereka yang tertidur selepas asar ini akan bangun dalam keadaan terpinga-pinga atau pening, begitu juga dengan kanak-kanak yang tidur selepas asar biasanya akan meragam atau menangis tanpa sebab. Ia juga akan menyebabkan seseorang itu akan kurang daya kreativitinya dan menghadapi masalah pada sistem reproduktif. Menjadi masalah kepada mereka ini melangsungkan kemandirian spesies manusia.

Solat magrib: Seterusnya  alam berubah ke warna merah,untuk pengetahuan semua warna merah bersamaan dengan warna iblis, jin dan syaitan. Pada waktu ini, makhluk-makhluk ini suka keluar. Jadi, kita selalu dinasihatkan oleh orang tua supaya tidak keluar daripada rumah. Pada orang yang suka dan berulang kali keluar pada waktu ini, senang didekati oleh jin, iblis dan syaitan. Jikalau kita sedang mengembara ataupun sedang dalam perjalanan, dinasihatkan untuk berhenti bersolat maghrib. Diharapkan selepas ini, semoga tidak lagi menjadikan kegemaran anda untuk  keluar shoppingmeeting atau melepak di luar. Merah bersamaan dengan warna pada otot, saraf dan tulang. Ia juga rahsia untuk sifat keyakinan.


Solat isyak: Seterusnya adalah warna indigo. Warna ini bersamaan dengan frekuensi sistem kawalan otak dan juga rahsia ketenteraman manusia. Jadi, sesiapa yang menjadi kebiasaan meninggalkan isyak selalu berada dalam kegelisahan. Kemudian bertukar menjadi gelap dan Islam mendidik umatnya agar tidur pada waktu ini, hal ini adalah kerana waktu ini adalah tidur delta kerana badan berada dalam kerehatan.
Qiamullail: Selepas itu, alam akan bertukar ke warna putih, merah jambu dan ungu iaitu berkaitan dengan kelenjar pineal, talamus dan pituitary dan kita digalakkan untuk melakukan Qiamullail.

~Allahcintagung~

THANK YOU.COME AGAIN =)

2 comments: