korg da'best terbaiiikkkk(^_^)..!

assalamualaikum korg^_^
alhamdulillah~Allah bg ksmpatn buat entry lgi hari nie..
dah ucap Alhamdulillah hari nie?trima kasih Allah..

entry nie special tok batch 46(^_^)

tp dalam masa yg sama ditujukan jgak buat smua yg baca.....
sblum tu..ce baca ce baca*versi HKLBR*
cter bawah nie..cter nie familiar sbnanrnya..
x pa..grakkan neuron jap..huhu


Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat baik dan mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kemiskinan dan kesempitan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apakah doamu pada hari ini?" tany Ahmad kepada sahabatnya, Ali.
"Aku berdoa agar esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.
"Doamu?" Ali pula bertanya kepada Ahmad. Ahmad hany tersenyum tanpa berkata apa.

Keesokan harinya, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah, doaku semalam telah dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."
"Alhamdulillah, hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad.
"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin." jawab Ali.
Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid lalu mengerjakan solat serta berdoa.

Sejurus usai berdoa, Ali bertany, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?".
Ahmad tersenyum, masih tidak menjawab.
Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."
"Alhamdulillah... Tahniah, Ali."
"Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.
"Kenapa dengan anakmu?"
"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."
"InsyaALLAH, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.
"Bagaimana dengan anakmu?" tany Ali.
"Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sedikit sahaja."
"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau......"
"Kenapa dengan aku?"
"Mad, aku lihat Ahmad doamu tidak mustajab." Ahmad tersenyum...
Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doamu tidak mustajab."
"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah."
"Doa yang mana? Sebab aku lihat tiada tidak ada apa-apa perubahan pada kau."
"Doaku sejak dulu hanya untukmu sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan padaNYA.

agaknya apa yg nk fokus kat cter ni?
pasal doakan?
so..kat sini nak ambik ksmptn wish gud lark tuk smua batch 46 esp..
smua nak bawak haluan masing2 dah..ada yg jauh..ada yg dkat je ngan rumah kan..
smoga smua berjaya..dpt capai citer2..(^_^)
sbgai kawan korg..sntiasa doakan terbaik tok korg..
mmg korg da best la..4 ever~

mana2 yg sdih x dapat apa yg diimpikan..ce try snyum jap..huhu~
jgn putus asa weh~still ada jalan tuk kter nak berjaya...
asal kter nak tuntut ilmu je..mmg Allah prmudahkan..insyaAllah..
bg yg buntu..kompem istikharah jalan terbaik..
chaiyok2 smua,,
syg giler kat korg smua..(^_^)





smoga dapat jmpa ag dah graduate t..
smua dah brjaya..
bak kata aznie.."hafsah dah bawak anak"<-----ayat aznie...hu3

"Bila seseorg mendoakan bagi diri sahabatnya sdg ia tiada bersamanya,maka malaikat akan berkata:
Dan engkau  juga akan menerima sepertinya juga"

"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya,tidak akan tertolak"

~Allahcintagung~

blogwalking meh~





THANK YOU.COME AGAIN =)

No comments: